Sekitar Musolla Al-Muttaqin








Kem Bestari Solat 2014



Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan kepada pelajar- pelajar tahun 1 sehinga tahun 6 agar dapat menunaikan solat  dengan sempurna dari segi bacaan , perbuatan , ilmu pengetahuan dan penghayatan.

OBJEKTIF
      TAHUN 1 , TAHUN 2 DAN TAHUN 3
                      1    Murid dapat mengetahui cara dan bacaan ketika rukuk,iktidal,sujud,duduk 
            antara dua sujud dan tahiyat awal dan akhir.
           2    Murid dapat mengetahui cara dan bacaan doa qunut dengan sempurna
           3    Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah.
          2 TAHUN 4 , 5 DAN 6
          1   Murid dapat mengetahui perbezaan sunat Ab’ad dan sunat Hai’at
          2   Murid dapat mengetahui bacaan sujud sahwi dan cara pelaksanaan
          3  Murid dapat mengetahui waktu solat
          4  Murid dapat mengetahui pengertian solat berjamaah dan hukumnya

       Kem Bestari solat ini diadakan secara bersiri. Siri 1 telah diadakan pada 8 Februari 2014. Siri 2 pula adalah pada 24 Mei 2014.
      Siri Kem Bestari Solat yang terkini alah Kem Bestari Solat Siri 3 yang diadakan pada 6 September 2014 (Sabtu). Program ini telah dijalankan di Dewan Terbuka SKKMJ bagi tahap 1 manakala bagi tahap 2 pula diadakan du Musolla Al-Muttaqin.

 Sekitar Kem Bestari Solat. 

Siri 1








Siri 2







Siri 3 




  
     Diharap pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan  Fardu Ain yang diperintahkan oleh Allah Taala.

Program Ihya’ Sunnah





      Program : Ihya’ Sunnah telah dijalankan dari Bulan Mei sehingga bulan Oktober 2014. dan ianya dijalankan setiap hari Ahad , Isnin , Selasa , Rabu dan Khamis Mengikut ketetapan dalam jadual pelaksanaan



      Objektif program ini ialah :  
                1  Mendidik jiwa murid-murid agar cintakan Rasulullah S.A.W.
                2  Murid-murid dapat mengetahui Sunnah Rasulullah S.A.W.
     3  Menjadikan Sunnah Rasulullah S.A.W sebagai cara hidup.
     4 Mewujudkan semangat kerjasama dari setiap unit dan panitia.


      Program Ihya' Sunnah ini menyasarkan 18 orang murid RMT.




Pengisian program bermula dengan kutipan dermadaripada murid-murid dan warga SKKMJ dijalankan setiap hari Khamis oleh Unit Kebajikan bagi mengumpul dana untuk membeli makanan sunnah bagi program ini.Unit RMT akan mengagihkan makanan sunnah kepada murid-murid RMT setiap hari Ahad sehingga Khamis. 
Usrah berkaitan cara kehidupan Rasulullah S.A.W telah dikendalikan oleh Panitia Agama Islam dan AJK Musolla Al-Muttaqin kepada muri-murid RMT ini pada bulan Mei,Julai dan September. Manakala ceramah motivasi telah dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Program ini dapat berjalan dengan jayanya hasil kerjasama yang sangat baik dari setiap unit.Melalui program ini dapat membantu murid-murid RMT makan makanan sunnah yang dapat meningkatkan minda seterusnya memberi kesedaran kepada mereka agar mempertingkatkan prestasi diri.